Kuala Lumpur, Pada 28 Sep 2023 – Sebuah showcase Rock Lagend Night telah pun diadakan di Space Oddity Taman Mount Austin menampilkan Otai-Otai Rock tanahair seperti Keff Melissa (Guitar), Liey Meditasi (Guitar) Zali Blacksteel (Bass), dan Frizzy Salleh Amir Tarantula (Drum) bergabung bersama pendatang lama yang tidak asing lagi iaitu Arip Kilauwan Emas seorang penyanyi yang terlahir dari sebuah rancangan realiti TV yang kini semakin rancak berkembang. Showcase yang berlangsung di space oddity mount ini bermula sekitar jam 8.30 malam dipenuhi dengan lagu-lagu kenangan dari pelbagai band yang dinyanyikan dengan sempurna oleh Arip Kilauwan emas. Tentang muzik pula tak perlu dipertikai lagi kerana ia dimainkan oleh mereka yang ternama dalam industri muzik Malaysia apalagi gabungan Liey Meditasi dan Keff Melissa – menghasilkan bunyi yang sangat familiar ditelinga kita dan secara langsung membawa kita mengimbau kenangan demi kenangan sewaktu masih muda remaja, kerana lagu-lagu yang di
Syarikat MForce dijangka akan melancarkan skuter adventure menggunakan nama WMOTO XDV 250i untuk pasaran tempatan, selepas sesi pra-tonton model tersebut bersama wakil pengedar baru-baru ini. Berdasarkan laporan daripada MotoMalaya, skuter dalam segmen 250 cc itu bakal melengkapi penawaran skuter ADV mampu milik selepas pengenalan model Xtreme 150i pada tahun lalu. Skuter adventure XDV 250i yang ditukarkan namanya daripada model Longjia XDV 250Si itu hadir dengan enjin silinder tunggal sejukan cecair 244.3 cc dengan kuasa 24.13 hp dan 22.2 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT. Antara kelengkapan standard termasuklah fork depan Kayaba 37 mm, penyerap hentak tunggal Kayaba di belakang, sistem brek J.Juan cakera depan dan belakang dan brek ABS dua saluran. Terdapat ruang meletakkan barang yang luas di bawah pelana, diikuti dengan kapasiti tangki bahan api 13.5 liter, slot pengecasan USB, skrin paparan TFT berwarna dan penghadang angin boleh laras.Setakat ini, tiada sebarang info berkenaa