Perceraian tersebut didedahkan sendiri isterinya, Maria apabila memaklumkan rumah tangga yang dibina bersama Afdlin sebenarnya telah berakhir sejak Ramadan lalu.
Difahamkan, hubungan antara kedua-dua mula bermasalah sejak tempoh pandemik sebelum masing-masing membuat keputusan untuk bercerai pada April lalu.
“Hanya tinggal beberapa bulan sahaja untuk menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-25 kami. Saya dan Afdlin membuat keputusan bahawa kami akhirnya telah bercerai pada April lalu.
“Keputusan yang dibuat agak pantas. Mungkin kerana tidak dapat dielakkan. Kami tidak melihat perceraian ini sebagai musuh atau pengakhiran kepada hubungan kami.
“Saya mengumumkan perkara ini sekarang kerana bulan ini (Julai) sudah cukup tempoh edah saya selama tiga bulan,” katanya.
Ujar Maria lagi, kehidupan bahagia yang dinikmatinya bersama Afdlin diuji sewaktu pandemik Covid-19 sehingga mencetuskan salah faham, sekali gus menjadi punca utama keretakan dalam rumah tangganya.
“Kehidupan bersama membesarkan anak-anak, keluarga termasuk bekerjasama untuk syarikat, kami mula membuat keputusan secara individu yang memberi kepada pada hubungan ini.
“Ketika tempoh pandemik sebelum ini, hidup kami mula berubah. Kami cuba memulihkan keadaan, namun tidak seperti yang diharapkan apabila tiada lagi persefahaman antara kedua-dua belah pihak.
“Perpisahan ini berlaku berperingkat apabila kami mula membuat keputusan secara peribadi,” katanya.
Biarpun sudah bercerai, pasangan itu berjanji tetap menyokong antara satu sama lain sebagai seorang sahabat demi anak-anak.
Untuk info, Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada tahun 1997 dan dikurniakan tiga orang cahaya kata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
Anak sulung mereka, Mia Sara kini sedang mengikut jejak langkah Afdlin sebagai pelakon. Drama lakonannya, Histeria The Series kini sedang ditayangkan menerusi televisyen.
Kredit : KOSMO ONLINE
sayang dah tua tua pun masih lagi nak berpisah....ermm
ReplyDelete