MEMPERKENALKAN KAD PRABAYAR PERKONGSIAN JENAMA BERSAMA IOUPAY
Sejak sedekad yang lalu, para pengguna sudah terbiasa untuk menggunakan peranti mudah alih mereka melakukan transaksi atas talian, membeli-belah dan aktiviti perbankan. Walaubagaimanapun, sejak 2 tahun lepas, pandemik Covid-19 telah membuka minat orang ramai terhadap kaedah pembayaran tanpa tunai dan tanpa sentuhan, demi membendung penyebaran coronavirus. Penggunaan meluas sistem e-wallet tidak dapat dielakkan, dan ianya memberi manfaat kepada para pengguna sambil melindungi mereka daripada ancaman aktiviti penipuan.
Dengan peningkatan kes penipuan berkaitan perbankan di Malaysia yang mana wang simpanan dari banyak akaun dilenyapkan, KA$Hplus membantu menangani isu ini dengan solusi kad prabayar yang dapat menghapuskan kebarangkalian maklumat akaun bank para pengguna untuk terdedah semasa melakukan proses pembayaran.
KA$Hplus turut mencegah dari maklumat kad kredit dan kad debit dari dicuri, di mana maklumat-maklumat tidak dipaparkan secara penuh di aplikasi e-wallet. Selain itu, kad prabayar perkhidmatan e-wallet KA$Hplus juga tidak memaparkan nombor kad dan Nilai Pengesahan Kad (CVV), lantas mengurangkan risiko yang diambil para pengguna semasa menggunakan platform mereka. Dengan pelancaran KA$Hplus di Malaysia, mereka berniat untuk mendidik para pengguna tentang kaedah-kaedah membendung aktiviti penipuan melalui sistem e-wallet dengan menganjurkan kempen-kempen kesedaran di Lembah Klang pada bulan-bulan yang akan datang.
Turut diumumkan di sidang media ini ialah perjanjian eksklusif selama tiga tahun di antara Virtualflex dengan IOUpay untuk melancarkan myIOU KA$Hplus Card secara dua peringkat. Peringkat pertama melibatkan pengagihan Kad myIOU KA$Hplus kepada pelanggan sedia ada perkhidmatan Buy Now Pay Later (BNPL) myIOU, dan peringkat kedua melibatkan integrasi perkhidmatan BNPL di dalam aplikasi. Kerjasama ini adalah disasarkan untuk memberi kelonggaran dan pilihan kepada pengguna di dalam hal pembayaran melalui integrasi kad prabayar ini.
Kesemua kad KA$Hplus, termasuk myIOU KA$Hplus Card, merupakan kad debit prabayar yang boleh ditambah nilai. Ia turut mempunyai fungsi pembayaran Visa yang membolehkan pengguna untuk bertransaksi di serata dunia, di mana sahaja kad Visa diterima. Ketua Pemasaran IOUpay, Cik Gwen Khor berkata, “Kerjasama dengan Virtualflex untuk melancarkan myIOU KA$Hplus Card menyediakan produk fintech yang inovatif dan mengukuhkan matlamat kedua-dua syarikat dalam menyediakan solusi pembayaran digital.”.
Di samping itu, Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) turut menjalinkan kerjasama dengan KA$Hplus untuk memacu Malaysia ke arah negara berpaksikan teknologi dengan menggalakkan para peniaga memilih kaedah pembayaran tanpa tunai sebagai kaedah utama dalam transaksi harian.
Tambahan pula, beberapa usaha untuk menerapkan persekitaran tanpa tunai menyeluruh di dalam komuniti bermula dengan sekolah, kolej dan universiti melalui “KA$Hplus Cashless Campus Program 2022”, menawarkan akses kemudahan kad prabayar Visa dan portal pengurusan akaun aplikasi mikro kepada 100 buah institusi pada kadar yang rendah. KA$Hplus mensasarkan untuk mengintegrasikan pembayaran tanpa tunai di dalam kehidupan seharian supaya generasi akan datang bersedia untuk mengadaptasi kemajuan teknologi yang bakal menyusul kelak.
“Kami komited di dalam menyumbang dan menambah baik kesejahteraan komuniti dengan solusi fintech yang menawarkan keselamatan maksimum, ketelusan, kemudahan, dan kebolehgunaan. Sama ada kita suka atau tidak, dunia menuju ke arah kaedah pembayaran digital dan tanpa tunai. Dengan pelancaran KA$Hplus dan myIOU KA$Hplus Card, kami berharap untuk memberi impak yang besar di Malaysia dengan melindungi pengguna dari aktiviti penipuan, pada masa yang sama, memajukan negara sebagai sebuah contoh di dalam menerapkan kemudahan fintech,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Virtualflex Sdn. Bhd., En. Heng Wa Seng.
Majlis ini dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat, termasuk – YBhg Dato’ Sri Steven Eng, Penasihat Malaysia Digital Chamber of Commerce; YBhg Datuk Hj Mohd Kamal bin Shukor, Pengurus Kanan Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM); En. Ken Phua, Timbalan Presiden Malaysia Retail Chain Association (MRCA); Pn. Carol Fung, Pengurus Kanan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC); En. Kenneth Kuan, Ketua Pegawai Kewangan IOUpay; En. Wayne Wong, Ketua Pegawai Kawalan Kredit IOUpay; En. Lau Teck Huat, Ketua Pegawai Teknikal IOUpay; En. Yeap Yong Wei, Pegawai Komersial Serantau IOUpay; bersama Pemimpin Pendapat Utama (KOL) – Beatrice Chong, Putera Ameer, and Chuojashni Subramaniam.
Bersempena dengan penyertaan Virtualflex dalam Malaysia International Retail and Franchise Exhibition (MIRF) 2022, KA$Hplus menawarkan kredit percuma RM30 kepada 100 pemohon terawal setiap hari dari 14 hingga 16 Julai 2022. Aplikasi KA$Hplus kini boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://main.kashplus.my/.
###
About KA$Hplus
KA$Hplus is a revolutionary digital payment solution, brought to you by VIRTUALFLEX SDN. BHD. VIRTUALFLEX, was set up in 2014 to seize opportunities offered by the rapid growth of the digital economy. This is in line with Bank Negara Malaysia’s aim to promote cashless billings and payments, KA$Hplus was developed and designed for digital and cashless payment solution service via prepaid MasterCard, Digital Wallet Mobile App, and QRPay.
Kredit : eWana News
Comments
Post a Comment