Kuala Lumpur: Beberapa hari lalu, nama Datuk Aliff Syukri menjadi bualan ramai sehingga menjadi bahan kecaman selepas tular video kontroversinya yang berdangdut dengan penyanyi Baby Shima.
Sebelum itu Aliff Syukri sudah terkena tempias makian netizen selepas memuatnaik teaser lagu terbaru yang melibatkan dua individu cukup kontroversi iaitu Kak Long 7E dan Ratu Farah Diva. Apatah lagi video teaser tersebut menunjukkan dua individu itu terkinja-kinja di sebuah kenduri di kampung.
Susulan itu Aliff Syukri pada malam tadi memuat naik satu video dalam keadaan menangis dan memohon maaf berkali-kali kepada ibu dan isterinya.
Dia juga memohon maaf kepada pengikutnya dan mengumumkan akan mengundurkan diri dari media sosial demi keluarga.
“Pada semua saya nak mohon kemaafan dan kekhilafan saya selama saya di media sosial ni. Saya minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki terutama kepada mak saya, isteri saya.. Saya memohon maaf banyak-banyak.
“Demi mak saya, isteri dan anak-anak saya, saya tak main laman sosial dah tapi kalau jumpa dekat luar kita tegur-tegur ya. Saya minta maaf. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Lama dah saya buat media sosial saya, Facebook, Myspace.
“Terima kasih atas sokongan anda semua, terima kaih kepada semua pengikut saya. Ini adalah dugaan paling berat untuk saya. Doakan terbaik untuk perniagaan saya,” luahnya.
Bagaimanapun meninjau reaksi ramai di Facebook, mereka masih lagi mengusik dengan mengatakan ‘jumpa minggu depan’, kerana percaya penyesalan Alif Syukri itu bersifat sementara sahaja.
Aliff Syukri jual akaun Instagram RM500,000
Memiliki pengikut 4.3 juta, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menawarkan kepada mana-mana pengguna yang ingin membeli akaun Instagram miliknya dengan harga RM500,000.
Beliau berkongsi perkara itu menerusi InstaStory miliknya hari ini.Terdahulu, Aliff memuat naik video sedang menangis teresak-esak dan mengakui dirinya mempunyai masalah mental tahap dua.
Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada keluarganya serta orang ramai atas segala kesilapannya selama ini serta memaklumkan bakal mengundur diri dari media sosial.
Sehubungan itu, tinjauan Kosmo! di akaun sosial miliknya dapat dilihat tiada sebarang hantaran di kongsikan lagi dan gambar serta video sebelum ini juga telah dipadam
KOMEN BONDA ROZITA DI IG DATO ALIFF SYUKRI.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
- SyfizStar News
– Untuk lebih banyak berita sila layari www.syfizstar.blogspot.com
Comments
Post a Comment