Kuala Lumpur, Pada 28 Sep 2023 – Sebuah showcase Rock Lagend Night telah pun diadakan di Space Oddity Taman Mount Austin menampilkan Otai-Otai Rock tanahair seperti Keff Melissa (Guitar), Liey Meditasi (Guitar) Zali Blacksteel (Bass), dan Frizzy Salleh Amir Tarantula (Drum) bergabung bersama pendatang lama yang tidak asing lagi iaitu Arip Kilauwan Emas seorang penyanyi yang terlahir dari sebuah rancangan realiti TV yang kini semakin rancak berkembang. Showcase yang berlangsung di space oddity mount ini bermula sekitar jam 8.30 malam dipenuhi dengan lagu-lagu kenangan dari pelbagai band yang dinyanyikan dengan sempurna oleh Arip Kilauwan emas. Tentang muzik pula tak perlu dipertikai lagi kerana ia dimainkan oleh mereka yang ternama dalam industri muzik Malaysia apalagi gabungan Liey Meditasi dan Keff Melissa – menghasilkan bunyi yang sangat familiar ditelinga kita dan secara langsung membawa kita mengimbau kenangan demi kenangan sewaktu masih muda remaja, kerana lagu-lagu yang di
Lan Moktar (PRO)Terharu Ada Yang Berkerusi Roda Dan Ada Juga Bertongkat Datang Mengukuhkan Silaturahim
Selayang : Lan Moktar dan bersama isteri nya Ogy Warner hari ini mengadakan majlis perkhawinan anak sulungnya di dewan ''D'Intan Grand Ballroom KL 2 Selayang. Lan Moktar juga bersyukur kerana majlisnya berjalan dengan lancar dan beliau tidak lupa untuk berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang datang ke majlis itu. Terdapat juga sahabat handai yang datang dan juga rakan rakan-media seperti Amir Masdi, Nik Melodi, Hus Aini dan lain lain. Eddie hamid juga turut serta hadir memberi semangat kepada sahabat karibnya dan melayan tetamu tetamu yang hadir.
Ramai juga yang mengenali Lan Moktar ini kerana beliau adalah seorang PRO dari syrikat rakaman music Nova Music Sdn Bhd dan isteri nya Ogy Warner yang berkerja di dalam bidang yang sama. Dalam majlis ini pasangan yang diraikan ialah antara anak sulung nya ia itu Muhammad Izzat Izani Bin Rouslan dan pasangan nya Nur Haslindawati Binti Md Halim.
Dengan itu juga Lan Moktar memberi ucapan di facebook milik nya.
''kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli keluarga, keluarga besan dan tetamu.yang hadir ke majlis perkhawinan anak kami pada petang tadi andai ada salah silap dan terkurang layanan kami memohon ampun dan maaf. kami berdua amat terharu dengan sokongan dari keluarga dan kenalan, kami dapat melihat ada yang berkerusi roda dan bertongkat mengagahkan diri hadir demi untuk mengukuhkan silaturahim'' - kata nya
- SyfizStar News
Comments
Post a Comment