Dato Aliff Syukri Mohon Maaf Dan Mahu Berundur Dari Media Sosial
Hangat diperkatakan video memaparkan aksi menari ghairah bersama Baby Shima sehingga dikecam teruk, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya sebentar tadi, Aliff turut memohon maaf kepada ahli keluarganya yang terpaksa menanggung malu kerana perbuatannya itu.
“Kepada semua, saya nak mohon kemaafan dan kekhilafan selama saya berada di media sosial ini. Saya minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki terutama mak dan isteri saya. Saya minta maaf banyak-banyak,” katanya.
Dilihat menangis teresak-esak, Aliff berkata dia membuat keputusan undurkan diri dari media sosial demi ibunya, isteri serta anak-anak. Ujarnya lagi, dia menyifatkan kali ini adalah ujian paling berat buat dirinya.
“Demi mak saya, bini saya, anak-anak saya, saya tak nak main media sosial dah. Saya minta maaf banyak-banyak. Terima kasih atas sokongan semua kepada saya. Sesungguhnya ini dugaan paling berat buat saya. Doakan yang terbaik buat perniagaan saya,” katanya.
Sementara itu, pada kapsyen video tersebut Aliff turut mengucapkan selamat tinggal pada akaun Instagram miliknya itu yang mempunyai pengikut mencecah 4.3 juta. Aliff turut mengatakan dia hanyalah insan kerdil yang mempunyai banyak dosa serta mendedahkan dia sebenarnya sakit mental.
Wajah Kesedihan Dato Aliff
“Selamat tinggal Instagram. Awak adalah permainan yang terindah buat saya. Bukan senang saya nak berpisah dengan awak dan nak ada kawan banyak seperti ini. Saya akan rindu momen dan memiliki 4.3 juta kawan dan semua media sosial saya termasuk Facebook dan TikTok yang berjuta-juta.
“Saya hanyalah insan kerdil yang banyak dosa. Saya sebenarnya ada sakit mental dan dah tak tahan. Dari kosong sampai ke tahap ini, saya redha dan ikhlaskan demi kebaikan semua. Doakan yang terbaik buat saya,”tulisnya
- SyfizStar News
Comments
Post a Comment