Skip to main content

Seterusnya Tekan Di Bawah

Rock Legend Band Kembali Menyengat Di ''Space Oddity Mount Austin" johor bahru

  Kuala Lumpur, Pada 28 Sep 2023 – Sebuah showcase Rock Lagend Night telah pun diadakan di Space Oddity Taman Mount Austin  menampilkan Otai-Otai Rock tanahair seperti   Keff Melissa   (Guitar), Liey Meditasi (Guitar) Zali Blacksteel (Bass), dan Frizzy Salleh Amir Tarantula (Drum) bergabung bersama pendatang lama yang tidak asing lagi iaitu Arip Kilauwan Emas seorang penyanyi yang terlahir dari sebuah rancangan realiti TV yang kini semakin rancak berkembang. Showcase yang berlangsung di space oddity mount ini bermula sekitar jam 8.30 malam dipenuhi dengan lagu-lagu kenangan dari pelbagai band yang dinyanyikan dengan sempurna oleh Arip Kilauwan emas. Tentang muzik pula tak perlu dipertikai lagi kerana ia dimainkan oleh mereka yang ternama dalam industri muzik Malaysia apalagi gabungan Liey Meditasi dan Keff Melissa – menghasilkan bunyi yang sangat familiar ditelinga kita dan secara langsung membawa kita mengimbau kenangan demi kenangan sewaktu masih muda remaja, kerana lagu-lagu yang di

Review Filem: Pengabdi Setan 2 | PELBAGAI RASA: TERKEJUT, TAKUT, KETAWA DAN GELI HATI

PENGABDI SETAN DUA – COMMUNION MENYEDIAKAN PELBAGAI RASA: TERKEJUT, TAKUT, KETAWA DAN GELI HATI

 GSC MID VALLEY KUALA LUMPUR 9 Julai 2022 – Sebuah tayangan preview untuk para media telah pun di adakan anjuran SURAYA FILM. Terpancar di wajah kami para media akan keterujaan dan ketidak-sabaran untuk menonton.

Walau bagaimana pun, para media tidak kelihatan begitu takut untuk menonton kerana keadaan ketika itu ialah jam 9.30 pagi dan waktu tayangannya sekita jam 10 pagi. Jadi kami agak santai dengan dengan baju tebal masing-masing kerana suhu di dalam panggung mungkin agak dingin berbanding biasa di luar.

Ketika kami mula melangkah masuk ke panggung, kami dibebaskan untuk memilih tempat duduk mengikut keselesaan masing-masing. Jadi saya memilih untuk duduk di kerusi tengah panggung agar pandangan saya stabil dan tidak terlepas dari segala paparan yang disediakan oleh pihak syarikat. Suasana yang agak suram mula memberi efek ketakutan dalam abdomen dan menyerap ke dalam deria takut kami.


Filem di awali dengan scene establishment watak seorang wartawan berambut panjang bernama Pak Budiman yang diculik oleh 3 orang. Dia yang tidak tahu akan dibawa kemana kelihatan mengomel tanpa diberi reaksi membuatkan penonton tertanya-tanya. Plot itu akhirnya menambahkan persoalan walaupun ianya terjawab apabila kereta klassik itu menysuri lorong kecil dan tiba di sebuah rumah sederhana besar yang sepi. Di depannya sudah terpacak seorang lelaki separuh baya yang dikenali sebagai Pak General.

Gambaran filem ini berlatar belakangkan tahun 60-70an dan saya cukup puas dengan segala prop dan latar belakang yang digarap oleh pengurusan filem ini. Tidak nampak kecacatan dalam setiap establishment scene dari penyediaan kenderaan, bangunan, pakaian orang mundar mandir, kegunaa type writer di dalam pejabat media sungguh meyakinkan. Bagi saya filem ini berjaya membuat ‘detail’ yang rapi dan patut dipuji.

Malah satu scene yang saya paling puji adalah saat di dalam bas, camera memandang ke luar tingkap. Ketika itu dalam fikiran saya ialah bagaimanakah mereka akan merapikan keseluruhan pandangan luar dan menjadikan semuanya berada di zaman 70an?. Nah! anda pasti tak percaya… Mereka berjaya melakukannya untuk scene bas yang bergerak dan prop bangunan harus dihias sepanjang kelajuan bas yang sederhana deras.

Ada beberapa kelemahan yang saya temui dalam filem ini berbanding filem yang sama sebelumnya, walaupun kali ini ia dibuat di ‘rumah susun’ atau dalam bahasa kita rumah flat, ini membantu dari segi skopnya yang lebih luas berbanding sebiji rumah yang sempit dalam filem dulu, kemampuan untuk mempelbagaikan elimen ketakutan seperti pembinaan lif yang mengambil masa 2 bulan, memecahkan dinding tembok batu untuk menambah suasana ngeri, air banjir yang distrok listrik juga menguatkan jalan cerita.

Pendek kata filem kali ini lebih luas dan lebih banyak unsur-unsur terkait yang mampu dijadikan bahan untuk menjadikan ia lebih realistik dan menyeramkan sehingga ia menjadi ‘memorable’ dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada para penonton.

Namun filem ini agak kurang memberi impak dari sudut scarry dan jump-shock nya mungkin kerana plan pemasaran yang diatur lebih awal. Bagi penonton di Malaysia yang sudah terbiasa dengan ketakutan yang maksimum dalam sesebuah filem seperti yang disediakan oleh filem-filem barat, Korea malah Thailand sekali pun membuatkan kita akan merasa tidak puas dengan pemberian filem ini yang agak ‘kedekut’.

Pengarahnya Joko Anwar ketika ditanya tentang ini bagaimana pun menegaskan bahawa filem Pengabdi Setan 2 ini lebih bersifat ‘roller coster’ dan tidak menumpukan kepada satu ‘injection’ sahaja. Memang secara sengaja ia dijadikan sebegitu kerana sasaran kepelbagaian penonton dari muda sampai ke tua. Bahkan kami difahamkan ianya dikategorikan sebagai 13SX bukannya 18SX.

Apa pun, ini tidak bermaksud saya berasa hampa menonton filem ini kerana pelbagai citarasa disediakan di dalamnya termasuk beberapa plot komedi. Ini membuatkan ianya sangat sesuai untuk tontonan remaja bawah umur atau tontonan keluarga. Bahkan ini mungkin citarasa penonton filem di Indonesia dan ia sengaja dikendurkan demi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat.

Dari segi cinematografi pula, beberapa scene dalam filem ini terutama ketika scene di dalam rumah susun, camera turun dari atas dari lantai ke lantai dan bersambung ke tepi membuatkan filem ini dilihat mahal, begitu juga scene dari luar rumah susun yang digarap menjadikan rumah ini satu-satunya bangunan yang terpacak di sebuah persekitaran pantai yang luas dengan guruh di langit, ternyata pembikinan CGI dalam filem ini berhasil menaikkan martabat filem ini dengan jayanya.

PENGABDI SETAN 2


Berikut adalah sinopsis filem Pengabdi Setan 2 – Communion

Beberapa tahun setelah berjaya menyelamatkan diri daripada kejadian tragik yang mengakibatkan keluarga mereka kehilangan ibu serta adik bongsu, Rini serta adik-adiknya Toni dan Bondi berpindah ke rumah flat bersama ayah mereka. Mereka sangkakan dengan ramai jiran tetangga keadaan lebih selamat namun jangkaan mereka ternyata salah apabila mereka tidak mengenali orang sekeliling. Pada suatu malam kejadian teror berlaku dan mereka harus menyelamatkan diri sekali lagi namun mungkin ianya sudah terlambat.

– Kredit : eWana News

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KONSERT MERIAH, PENTAS HARAM JADAH!

  PANTAI BALOK, PAHANG 1 Oktober 2022  – Belum pun sempat menarik nafas lega dengan pengambilan vokalis baru Naim, menggantikan Wak Dan yang menarik diri baru-baru ini, Melissa terpaksa mencengkam gerahang sekali lagi setelah dipermainkan oleh penganjur konsert julung kali Melissa Band sempena  Pahang Bike Fest 2022  di Pantai Balok Pahang baru-baru ini. walaupun pentas sangat kecil layanknya pentas karaoke, Melissa Band tetap memberi persembahan terbaik Dugaan demi dugaan terus diharungi oleh ‘line-up’ baru Melissa Band yang diterajui oleh anggota asal Melissa iaitu Ajak Melissa. Berkat kesabaran yang ditanamkan Ajak memujuk seluruh anggota baru anak didik beliau tetap menempuh dugaan di awal perjalanan Melissa Band ini. Kali ini mereka dipermainkan bulat-bulat oleh pihak penganjur, setelah dihebohkan melalui channel youtube Melissa Band keberadaan konsert ini, juga ramai peminat mereka yang khabarnya datang dari jauh, bahkan ada juga yang datang dari Singapura demi menyatakan sokonga

Band Meditasi Kembali Menyengat?? Di ''KL Ceria'' Anjuran DBKL

Kuala Lumpur : Baru baru ini Majlis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menganjurkan satu program yang dinamakan 'KL Ceria' sekali gus mengimbau kembali era zaman 80an, artis yang di jemput oleh DBKL seperti Meditasi, Sweet Child, Sons Of Adam dan sebuah kumpulan yang di anggotai terdiri dari semua wanita iaitu Caramelt Band. Acara yang berlasung pada 13hb Ogos 2022 bermula pukul 5:00 sehingga 7:00 malam .Dengan program ini sambutanya sangat meriah ramai pengujung yang hadir bagi memberi sokongan dan mengecapi zaman era 80an. Di lampiran ini di sertakan sekali SEJARAH MEDITASI Kumpulan Meditasi merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia pada era 1980-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Pada awalnya kumpulan ini menggunakan nama kumpulan Metal Wizard. Kesemua anggotanya merupakan kumpulan pemuda yang kesemuanya berasal dari Kampung Gali Hilir, Raub, Pahang. Kumpulan Metal Wizard ini yang ditubuhkan pada sekitar tahun 1984 terdiri

Ifa Raziah - ''Kau Bayar Aku Gelek!!'' - Ustaz Ahmad Dasuki Kau ''Gelek Dapat Pahala Ke?''

Nama selebriti versatil Ifa Raziah menjadi bualan hangat di media sosial sejak minggu lalu. Bermula dengan tular video bergelek di sebuah majlis keramaian, diikuti dengan penjelasan Ifa yang menegaskan yang dia berbuat demikian selepas usai majlis akikah dan dibayar sebanyak RM20,000 untuk membuat persembahan. Terbaru, Ifa sekali lagi menjadi bualan ramai selepas menempelak netizen yang meminta dia untuk bergelek ketika siaran langsung di TikTok. Pelakon berumur 46 tahun itu menegaskan dia tidak akan menuruti permintaan sekiranya tidak menerima sebarang bayaran. Video IG Milik Ifa Raziah berdurasi 8:85 saat Kenyataan itu juga mengundang pendakwah yang terkenal , Ustaz Dasuki Abdul Rani untuk menegur ifa raziah di facebook milik nya '''Tak semua boleh bawa masuk duit tu menjadi keuntungan bagi kehidupan kita, yang di bimbang jika yang masuk duit tu membawa kepada kecelakaan di masa depan kita. Setiap mukmin akan disoal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya