Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, dua suspek termasuk lelaki utama yang mencetuskan kejadian itu ditahan di Perhimpunan Yamaha RXZ 4.0 di Kuala Terengganu pada pukul 2 pagi Sabtu.
Seorang lagi di tahan di Felda Lepar Utara Satu, Jerantut pada pukul 8 pagi.
“Ketiga-tiga suspek berusia 30-an dibawa lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis untuk proses dokumentasi sebelum mendapat perintah reman dari mahkamah” katanya
Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan kawasan”.
Tiga suspek yang ditahan pada hari ini juga positif dadah jenis heroin dan turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Semalam polis memberkas dua suspek di Kampung Damak, Jerantut selepas kejadian tersebut dan juga didapati dadah jenis Methamphetamin.
Tangkapan kelima suspek itu dibuat berikutan polis menerima laporan selepas mereka tersebut menyerang pusat tahfiz dan mencederakan dua mangsa semalam.
“Kejadian ini dipercayai berpunca akibat suspek tidak berpuas hati terhadap penjaga pusat tahfiz berkenaan berkaitan pembayaran makanan di pusat tahfiz itu,” kata Azli.
Kredit : BelutinTV3
Comments
Post a Comment