Skip to main content

Seterusnya Tekan Di Bawah

Rock Legend Band Kembali Menyengat Di ''Space Oddity Mount Austin" johor bahru

  Kuala Lumpur, Pada 28 Sep 2023 – Sebuah showcase Rock Lagend Night telah pun diadakan di Space Oddity Taman Mount Austin  menampilkan Otai-Otai Rock tanahair seperti   Keff Melissa   (Guitar), Liey Meditasi (Guitar) Zali Blacksteel (Bass), dan Frizzy Salleh Amir Tarantula (Drum) bergabung bersama pendatang lama yang tidak asing lagi iaitu Arip Kilauwan Emas seorang penyanyi yang terlahir dari sebuah rancangan realiti TV yang kini semakin rancak berkembang. Showcase yang berlangsung di space oddity mount ini bermula sekitar jam 8.30 malam dipenuhi dengan lagu-lagu kenangan dari pelbagai band yang dinyanyikan dengan sempurna oleh Arip Kilauwan emas. Tentang muzik pula tak perlu dipertikai lagi kerana ia dimainkan oleh mereka yang ternama dalam industri muzik Malaysia apalagi gabungan Liey Meditasi dan Keff Melissa – menghasilkan bunyi yang sangat familiar ditelinga kita dan secara langsung membawa kita mengimbau kenangan demi kenangan sewaktu masih muda remaja, kerana lagu-lagu yang di

SHOWCASE ROCK LAGEND MENYERLAHKAN WAK DAN SEMAKIN MATANG


Sungai Buluh, Kuala Lumpur, 28 Januari 2023 – Sebuah showcase Rock Lagend Night telah pun diadakan menampilkan Otai-Otai Rock tanahair seperti Keff Melissa (Guitar), Omar Akira (Guitar), Zali Blacksteel (Bass), dan Frizzy Salleh Amir Tarantula (Drum) bergabung bersama pendatang baru yang tidak asing lagi iaitu Wak Dan Barakuda seorang rocker yang terlahir dari sebuah rancangan realiti TV yang kini semakin rancak berkembang.

Showcase yang berlangsung di i-Cafe Bikerstation Sungai Buluh ini bermula sekitar jam 8.30 malam dipenuhi dengan lagu-lagu kenangan dari pelbagai band yang dinyanyikan dengan sempurna oleh Wak Dan Barakuda. Tentang muzik pula tak perlu dipertikai lagi kerana ia dimainkan oleh mereka yang ternama dalam industri muzik Malaysia apalagi gabungan Omar Akira dan Keff Melissa – menghasilkan bunyi yang sangat familiar ditelinga kita dan secara langsung membawa kita mengimbau kenangan demi kenangan sewaktu masih muda remaja, kerana lagu-lagu yang dipilih malam itu sangat rapat dengan waktu remaja kita yang rata-rata berusia 40an ke atas sekarang.

Bermula dengan lagu Cintamu Mekar Di Hati – May, kemudia disusuli dengan Rumi Dan Juli – Febian’s. Sketsa Sebuah Cinta – May, Penantian – Febian’s.


Bagi penulis, pemilihan lagu-lagu dan gaya persembahan Wak Dan sudah mula menunjukkan kemajuan yang kematangan Wak Dan dalam membuat persembahan. Pemilihan lagu-lagu termasuk lagu inggeris dari Scorpion dan Loudness sangat sesuai dengan suara beliau yang agar halus, begitu juga lagu-lagu Melayu dari Kumpulan May, Febian’s, Search

Dengan berkonsepkan round table dinner show, penonton melimpah ruah dan tak kurang juga ramai yang tidak mendapat meja kerana bilangan meja agak terhad, namun ini tidak mematahkan semangat penonton yang hadir memberi sokongan dan ini terbukti apabila mereka tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing sehingga selesai persembahan

Showcase bertiket berharga RM60 ini diteruskan dengan persembahan seorang gitaris yang tidak asing lagi iaitu Keff Melissa. Seorang yang berkebolehan mengawal mindanya melakukan kerja-kerja penting dalam satu masa – bermain gitar dengan line-line melodi utama di samping menghafal lirik yang agak mencabar dan melontar suara dalam satu masa. Terus terang penulis respek Keff kerana masih boleh memberi persembahan yang agak mengagumkan walaupun terpaksa melunaskan semua kerja-kerja penting semua dalam satu masa.

Memberi peluang kepada Wak Dan untuk berehat seketika, Keff mengambil posisi sebagai penyanyi tanpa meninggalkan tugasnya sebagai pemain gitar bersama Omar Akira. Bermula dengan lagu yang dipetik dari nyanyian Sweet Charity berjudul ‘Di Tahun 2000’. Persembahan diteruskan lagi, kali ini Keff memilih lagu daripada Wings berjudul ‘Peronda Jaket Biru’, penonton sangat sporting malam itu apabila menyanyi bersama-sama Keff terutama pada bait-bait Nanana. Begitu juga lagu ‘Ranggi Metropolis’ dari nyanian asal kumpulan Wings.

Selepas berehat seketika, persembahan diteruskan dengan lagu-lagu rancak dengan Wak Dan membawakan lagu Scorpion ‘Big City Night’, Panggung Khayalan – Search, ‘Crazy Night’ – Loudness.

Sempat berceloteh seketika tentang perancangan asal mereka untuk mengadakan showcase ini, mengikut Wak Dan ianya tercetus apabila Keff, Zali dan Omar Akira berbincang dan menyarankan bekerjasama dengan Wak Dan dan kemungkinan besar mereka juga akan melanjutkan showcase ini ke Warisan Studio, Sijangkang. Perkara ini dinyatakan di depan pemilik Warisan Studio Wak Khair yang turut hadir pada malam itu.

Kehangatan diteruskan dengan lagu ‘Tong Kosong – Search’ yang dibawakan dengan sempurna oleh Wak Dan yang kemudiannya disambung dengan sebuah lagu dari Loudness ‘Heavy Chain’, Scorpoion ‘Black Out’.

Memeriahkan Showcase pada malam itu ialah penyanyi jemputan dan icon rock belakang tabir yang tak asing lagi ialah Bob Constant yang tidak lekang dengan trademarknya ‘Say!’ hadir dengan nyanyian lagu ‘Debunga Wangi’. Bob adalah sosok yang sangat positif dalam industri muzik rock tanahair, merupakan tuan punya studio Power House Musical Studio di Bandar Tun Razak, Cheras. Seorang yang sentiasa ceria dan membawa keceriaannya kepada rakan-rakan rockers yang lainnya. Sosok yang berasal dari Pulau Pinang ini sangat sinonim dengan Komplek Pertama di Kuala Lumpur, beliau juga seorang yang sangat popular di kalangan pemuzik rock tanahair.

Persembahan bertambah hangat dengan kemunculan tak dirancang Kumpulan MAX yang tampil tanpa gitarisnya namun digantikan oleh Fariz Undertaker (Melissa/Real-X). Mereka menyanyikan lagu-lagu dari Kumpulan May berjudul ‘Dari Kacamata’, ‘Hakikat Perjuangan’,.

Akhirnya setelah hampir dua jam, Wak Dan mengakhiri persembahan malam itu dengan sebuah lagu yang diciptakan oleh Wak Khair Warisan Hall/Studio berjudul ‘Tiada Lagi Erti’. Lagu ini merupakan single pertama Wak Dan yang sedang meningkat popular sekarang menampilkan Man Kidal sebagai pemain gitar dan Joy Oren sebagai pemain drum.

Persembahan yang sepatutnya berakhir selepas lagu ‘Tiada Lagi Erti’ diteruskan lagi dengan persembahan bonus setelah diasak oleh penonton yang mahukan lagi dan tak ingin berganjak. Wak Dan dengan penuh ‘sporting’ terus memanggil line up meneruskan 2 lagu bonus dari kumpulan Search berjudul ‘Balada Muzik Jalanan’. Wak Dan dilihat betul-betul selesa pada malam itu dengan gelagat dan aksinya yang bersahaja. Persembahan akhirnya ditutup dengan ‘Isi Dan Kulit’ daripada Search.


Kredit : eWana News

Comments

Popular posts from this blog

KONSERT MERIAH, PENTAS HARAM JADAH!

  PANTAI BALOK, PAHANG 1 Oktober 2022  – Belum pun sempat menarik nafas lega dengan pengambilan vokalis baru Naim, menggantikan Wak Dan yang menarik diri baru-baru ini, Melissa terpaksa mencengkam gerahang sekali lagi setelah dipermainkan oleh penganjur konsert julung kali Melissa Band sempena  Pahang Bike Fest 2022  di Pantai Balok Pahang baru-baru ini. walaupun pentas sangat kecil layanknya pentas karaoke, Melissa Band tetap memberi persembahan terbaik Dugaan demi dugaan terus diharungi oleh ‘line-up’ baru Melissa Band yang diterajui oleh anggota asal Melissa iaitu Ajak Melissa. Berkat kesabaran yang ditanamkan Ajak memujuk seluruh anggota baru anak didik beliau tetap menempuh dugaan di awal perjalanan Melissa Band ini. Kali ini mereka dipermainkan bulat-bulat oleh pihak penganjur, setelah dihebohkan melalui channel youtube Melissa Band keberadaan konsert ini, juga ramai peminat mereka yang khabarnya datang dari jauh, bahkan ada juga yang datang dari Singapura demi menyatakan sokonga

Band Meditasi Kembali Menyengat?? Di ''KL Ceria'' Anjuran DBKL

Kuala Lumpur : Baru baru ini Majlis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menganjurkan satu program yang dinamakan 'KL Ceria' sekali gus mengimbau kembali era zaman 80an, artis yang di jemput oleh DBKL seperti Meditasi, Sweet Child, Sons Of Adam dan sebuah kumpulan yang di anggotai terdiri dari semua wanita iaitu Caramelt Band. Acara yang berlasung pada 13hb Ogos 2022 bermula pukul 5:00 sehingga 7:00 malam .Dengan program ini sambutanya sangat meriah ramai pengujung yang hadir bagi memberi sokongan dan mengecapi zaman era 80an. Di lampiran ini di sertakan sekali SEJARAH MEDITASI Kumpulan Meditasi merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia pada era 1980-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Pada awalnya kumpulan ini menggunakan nama kumpulan Metal Wizard. Kesemua anggotanya merupakan kumpulan pemuda yang kesemuanya berasal dari Kampung Gali Hilir, Raub, Pahang. Kumpulan Metal Wizard ini yang ditubuhkan pada sekitar tahun 1984 terdiri

Ifa Raziah - ''Kau Bayar Aku Gelek!!'' - Ustaz Ahmad Dasuki Kau ''Gelek Dapat Pahala Ke?''

Nama selebriti versatil Ifa Raziah menjadi bualan hangat di media sosial sejak minggu lalu. Bermula dengan tular video bergelek di sebuah majlis keramaian, diikuti dengan penjelasan Ifa yang menegaskan yang dia berbuat demikian selepas usai majlis akikah dan dibayar sebanyak RM20,000 untuk membuat persembahan. Terbaru, Ifa sekali lagi menjadi bualan ramai selepas menempelak netizen yang meminta dia untuk bergelek ketika siaran langsung di TikTok. Pelakon berumur 46 tahun itu menegaskan dia tidak akan menuruti permintaan sekiranya tidak menerima sebarang bayaran. Video IG Milik Ifa Raziah berdurasi 8:85 saat Kenyataan itu juga mengundang pendakwah yang terkenal , Ustaz Dasuki Abdul Rani untuk menegur ifa raziah di facebook milik nya '''Tak semua boleh bawa masuk duit tu menjadi keuntungan bagi kehidupan kita, yang di bimbang jika yang masuk duit tu membawa kepada kecelakaan di masa depan kita. Setiap mukmin akan disoal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya