Bagi yang mengikuti media sosial pelakon Elisya Sandha, pasti sedia maklum mengenai perubahan gaya rambutnya bagi menjayakan sebuah watak dalam drama terbaharu berjudul Aku Hanim.
Meskipun jadual lakonan Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan padat, namun aktres berusia 23 tahun itu tetap meluangkan masa bersama anak perempuannya, Bunga Elhaq yang kini berusia 11 bulan.
Awak dan saya sentiasa bersama selama-lamanya, okey? – Elisya
Ini dapat dilihat menerusi perkongsian terbaharu dimuat naik menantu kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly menerusi platform Instagram miliknya.
Memalukan! Tak tutup aurat
Bagaimanapun, momen terindah bersama anaknya itu membuatkan ramai warganet tidak senang hati apabila jelas dilihat banyak komen negatif ditinggalkan.
Rata-rata warganet mengecam tindakan Elisya yang dilihat seakan tidak malu berkongsi ‘momen bahagia’ tanpa berfikir terlebih dahulu kerana ia menampakkan bahagian ‘aset’.
Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Sheila Rusly iaitu Uzair pada 21 Ogos 2021.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Bunga Elhaq, 11 bulan.
Comments
Post a Comment